Tuesday 27 December 2011

Tahukah Kau

Tahukah kau
bagai hendak pecah
pembuluh darahku
mendengar kata-katamu
sedih hatiku teramat sangat
sebak rasa dadaku
sesak nafasku...

aaaAku mampu menahan apa jua
kata-kata hinaan dan nista
oleh sesiapa pun jua
terhadap diriku
tapi tidak kali ini
dari orang yang kusayangi
orang yang kucintai
orang yang kukasihi
orang yang kuharapi.....

Terimakasihku buatmu
wlau ditukar dengan
segunung emas
takkan dapat membalas
apa yang telah kau
berikan buatku.
terimakasih banyak-bantak
atas kesakitan
yang pernah kau berikan ini!!!!

Kau(2)

Kau begitu cepat berubah
sehingga merumitkan lagi
segala kerunsingan
yang mengganggu batinku...

Kau sengaja menabur benih
bunga yang gelap
penuh duri
dan tidak
yang berwarna cerah
yang tidak berwarna-warni.....

Kau anggap diriku
bagai tanah yang subur
untuk benih-benih sebegitu....

Kau buat aku gelisah
tapi tahukah kau
aku tidak rela
menjadi mangsa keresahan?
kau selalu saja
mempunyai ketaksaan
dan teka-teki baru
untuk membingungkan aku....

Kau heret aku
dalam ketidakupayaan membuat keputusan
sedangkan aku harus mencari
suatu jawapan pada kepastian...

Aku mencari
"Sesuatu yang seperti mungkin
walau sebenarnya aku
tidak tahu"
namun kepastan itu
hampir-hampir menyinar
dan dapat kugenggam.....

Sunday 25 December 2011

Menyesal

Kudongak ke langit
tiba-tiba kurasa lemas!
setiap apa yang kulihat
kabur......berbalam-balam!

Apakah aku
akan terus begini?
relakah aku
terus jadi begini?
apakah yang harus kulakukan?
aku tidak ingin terus begini!

Mungkin benar
aku aku ridak sepatutnya
terima lamaran cintamu dulu
mungkin perlu
aku tidak meyambut kasihku
mungkin salahku
kerana telah menyayangimu
kerana telah mencintaimu.....

Tapi aku sudah terlanjur!
sudah terlajak!
untuk berpatah balik
huh! pasti payah
menyesal aku................

Mengapa Kau(2)

Kubentangkan hamparan kasih buatmu
kulagukan puisi cinta buatmu
kusulamkan mimpi indah dianganku
kutebarkan sayap rindu buatmu
kusemaikan kesetiaan dalam cintaku
tetapi mengapa
kau mencurangi aku?
mengapa kau tidak setia padaku?
mengapa kau mendutai aku?
mengapa kau semaikan
benih benci dihatiku?
mengapa ........mengapa kejamnya kau?

Thursday 15 December 2011

Love You

I love you.....
from the day I know you
I love you
from the everything at yourself
I love you
from the very bottom of my heart.....

Call me insane
because neither I don't know
how this feeling
trapped in my heart.

You

You have stole
this damsel's heart
you sparked the flame
of love in me
tell me the secret...

I'm yearn for you
at the night
without anyone's knowledge.....

You are my love
my sunshine my inspiration
my dreams my happiness
which overflows in my heart
with a variety of tastes
I love you so much.

Love 2

    Love and electricity are one in the same. If you do not feel the jolt in your soul every times a kiss is shared, a whisper is spoken, a touch is felt.......then you are not really-really in love at all.  Asking yourself.!!

Wednesday 14 December 2011

Buatmu Sayangku

Indahnya pagi ini
sang suria memancar terang
beburung berterbangan berkicau riang
dedaun melambai-lambai
ditiup sang bayu
sepoi-sepoi bahasanya
indah...menawan dan nyaman..

Tapi hatiku tidak begitu
saat ini aku
diulit resah yang bertamu
membawa bersamanya alunan
lagu rindu nan pilu....

Sayang....
apa khabar kau di sana
rindu hatiku tidak terkira
kita terpisah begitu lama
sehari kurasa
bagai bertahun lamanya
adakah kau jua merasa
seperti mana yang kurasa?
rindu ini buat dadaku
sesak.......melara.

Cantik

Kecantikkan?......cantik?
persoalan itu tiba-tiba
terpacul di pemikiranku
bersama keresahan hatiku
yang meruntun-runtun kaku
kumerasakan diriku tersendat
sesak dan semak
membuatkan diriku bagaikan
tulang dalam rongkongan....

Apa yang cantik?
persoalan itu berlegar lagi
di pemikiran tanpa jawapan pasti
aku mencari untuk memasti
untuk kumengerti
tetapi nyatanya seperti
barang yang jauh hendak dicekau
tangan pendek dihubung tak sampai
aku gugup mencari jawapan.

Kau Muncul Lagi

Wajahmu muncul lagi
bagai bayang-bayang
yang menhunjam diriku
seolah-olah ingin membisikkan
sesuatu padaku....

Kau menerpa aku
terasa seolah-olah tanganmu
meramas-ramas jemariku
dan membelai-belai wajahku
panas...sejuk dan mendebarkan
ku semakin kelemasan
semakin kelampusan...


Nafasku bergerak kencang

hebat dan ganas
ku merasakan kesukarannya
payah hendak direnangi
naluri hatiku sendiri
apatah lagi hatimu....

Perasaanku

Malam ini mataku
begitu degil untuk lelap
rasa dan hatiku begitu bebal
untuk sama-sama rehat.

Seribu persoalan menerjah minda
aku sendiri tidak dapat
menjawap suara hatiku
malah pertanyaan itu
bagai peluru
bertubi-tubi datang darimu..

 ku bersendirian saja
di kamar ini
peluh dingin mula merenjis
ku tak merasai panasnya
tetapi peluh dingin ini
terbit jua....

Ku kelemasan....kelampusan
aku bergomol dengan perasaanku
bukan takut namun
hatiku meruntun-runtun
apakah ini gejala cinta
yang beranting-ranting
dan bercabang-cabang datangnya?
ku tidak mengerti
datangnya mendadak sekali...

Wajahmu

Benarkah itu wajahmu sayang?
benarkah?
kaukah itu yang menjelma di depanku?
kaukah itu yang bertakhta
di kiri dan kanan mataku?

Wajahmu.....
memantul-mantul di benakku
senyummu cukup
menjatuhkan jiwa ragaku
padahnya melumpuhkan
seluruh gelora rasaku.....

Wajahmu kah itu
yang menari-nari di depanku?
pertanyaan tanpa jawapan
bertubi-tubi terlakar
kumemintal-mintal rasaku
dan keletihan tidak sedikit pun
menjejaskan perasaanku ketika ini....

Wajah kesayanganku
kunjungilah aku dalam mimpi
kerana nanti di sekejap
waktu pagi datang lagi
datanglah temani aku
malam ini....

Malam

Angin malam mula menyelinap
masuk ke ruang kamar
ku menjelau-jelau
kerdip bintang dan cahaya bulan
di dada langit 
namun sayang kedua-duanya
tidak kelihatan kerana
malam di bekam kelam...

Sang cengkerik bersahut-sahutan
sekali-sekala sang nyamuk
mengalun sumbang bicaranya
mematahkan lamunanku yang panjang
cukuplah malam ini
jangan kau ketuk lagi
pintu hatiku.....cukuplah!

Aku tidak mahu
naluri rasaku dicuit semula
sekian kalinya...cukuplah
kutahu betapa hebatnya
kocakan rasa ini
tidak terbendungkan
apatah lagi dibendungi....

Kaukah Itu

Aku mengelamun jauh
menikmati pemandangan alam
ketika di balut kegelapan
kaukah itu yang datang
mengetuk pintu hatiku?
bergelombang ombak di dada....

Suara ciap dan piko
sudah tidak kedengaran
yang meresahkan hanya
suara hatiku.....

Tajam sepasang matamu
dan renunganmu menusuk kalbuku
membuatkan diriku menjadi sirna
tidak dapat kutangkis
bagai besi magnet
yang kuat tarikannya....

Ah! kaukah itu
yang meminta tanganku?
aku belum rela
tangan mungilku dibelai
tidak akan pernah
walau hatiku mengharapkan...

dan kaukah itu
yang merobek mimpi indahku
yang memadamkan api benci
yang memutikkan bunga cinta
dan mehembuskan semilir rindu
padaku???????????

Tuesday 13 December 2011

Di Sini Ku Menanti

Telah lama aku di sini
berdiri dan menanti
sang suria tersenyum
wajahku mula merona
dicium panas mentari
peluh mula memercik
berjuraian ke anak mata...

Kukira agak lama aku berdiri
aku masih tetap menanti
menanti dan terus menanti
meskipun hanya ditemani sepi..

Kekasih....
kapan kau ke mari
menemaniku di sini
aku sudah tak betah lagi
ditinggalkan sendiri
kemarilah kau sayang
ke marilah kau ke sini
kunanti kau kembali
kerana aku setia pada janji.

Rindu lagi

Aku berdiri dan minggir
menuju jenang tingkap
daunnya kukuak luas
dapat ku rasakan
nikmat angin senja...

Kulihat langit yang kirmizi
mewarnakan dada alam
sesekali berkawan-kawan
terbang burung pulang ke sarang
indah!...memukau pandangan...

Tidak kusedari sekian lama
aku alpa betapa cantiknya
betapa indahnya ciptaan Ilahi....

 angin masih berpuput segar
aku menyelak satu dua helai
rerambutku yang jatuh ke dahi
kutatap potretmu penuh erti
dan rindu berbunga kembali
kembang mekar di taman hati
kau kekasih yang kunanti.

Bukan Silapku

Bukan silapku jika
cintaku padamu tiada lagi
bukan silapku jika
rinduku padamu tidak lagi hadir
bukan silapku jika
hatiku mula membenci
bukan silapku jika
aku melangkah pergi.....

Semuanya.....semuanya keranamu
kerana egomu
yang terlalu tinggi melangit
kerana hatimu
yang terlalu buta
untuk menilai cintaku
kerana dirimu
tidak pernah menghargai aku......

Silapku hanyalah kerana
aku pernah memberimu
peluang bertakhta di hatiku
kerana pernah menyintaimu...

Terpaksa Aku

Kumerenungi  air tasik
yang membiru
dan kicauan burung bagaikan
lagu yang membuai
bagai membawa khabar
tentang dirimu di sana
fikiranku menerwang
tidak tentu arah....

Kau memang menarik
kalau ditanya pada mata
tentu katanya kau kacak
kalau ditanya pada hati
pasti katanya suka
dan ingin mendekati
ingin memiliki mu....

tapi itu bukan persoalannya
aku tidak mahu insan lain
menderita kerana aku
aku bukan si sempurna
yang kau idami
biarlah aku begini
terus menyimpan perasaan ini
biarlah aku seorang
yang menanggung peritnya...

Sekecil-kecil masalah sekalipun
tetap berat dan perit
tetap jua menendang benak
segala-galanya terlalu mencengkam
terlau menyesak dada
dalam keterpaksaan
aku melepaskanmu
dengan seribu kepayahan
aku melupakanmu....

Aku Pun Tak Kisah

Kau selalu mengatakan
kau sayangkan aku
kau cintakan aku
kau kasihkan aku
kau rindukan aku
tapi sikap egomu
dan api cemburumu
ternyata telah merantaiku..

Terkadang ingin aku bertanya
"bukti apa yang kau bawa
  untuk menyakinkan aku
  akan kebenaran dan
 kesungguhan kata-katamu itu?"

Namun itu semua dulu
kini aku pun tak kisah
dan malah dah tak ingin
ambil kisah semua itu
kau cara kau
aku dengan caraku...

Kelukaanku

Kau telah melukakan hatiku
dan aku
tidak pernah mendendamimu
tidak pernah membencimu
namun untuk menerimamu
maafkan aku kerana
aku sudah tidak bisa...

Tidak mungkin antara kita
kembali seperti dulu
antara kau dan aku
sudah berkerat rotan berputus arang
pergilah kau......pergi
jangan kau cuba masuki
ke ruang hidupku lagi
aku sudah tak sudi.....

Sudah tiada apa-apa
yang perlu kita bicarakan lagi
biarlah semuanya jadi sejarah
yang tak mungkin berulang
untuk selama-lamanya
hatiku sudah cukup terluka....

Thursday 1 December 2011

Hujan dan Kenangan

Di luar hujan menggila
dari tingkap kaca
masih terpamer deraian
hujan melimpah
sesekali , kilat memancar
di sambut pekikan guruh
yang mencemar damai.....
Fikiranku menerawang jauh
bersimpang-siur dan
adalakanya berselirat hingga
merentap kedamaian di hati...
Kenangan silih berganti
bermain dilayar fikiran
teringat saat-saat manis
tatkala bersamamu.....
Aku tahu cintaku padamu
tak mungkin terpadam
kenangan di 11 April
Valentine's Day Sweetest Day
tak mungkin terluput
kenangan yang membuat
nama kau ....
masih terukir di hatiku..
Di luar hujan masih menggila
begitu jua di pipi
titik air berjuraian
terus-menerus mengalir
tanpa henti.....sayu terasa
sesayu senja di timpa hujan
sesayu anak kecil kematian ibu
sesayu.....sesayu-sayunya..........

Kekesalanku

Kasihku yang abadi
membuatkan aku takut
berenggang dengan dirimu..
Kerana terlalu sayang
kerana kuingin setia
aku masih di sini
terkapai-kapai sendirian
sedangkan kau
terlalu banyak menghancurkan....
Kau tidak tahu
betapa hidupku ini
hancur sudah......keranamu
betapa luluhnya jiwaku
semua bagai tak bererti
serasakan mati......
Kau tidak tahu betapa
cintaku umpama terhempas
ke pantai gelora
berkecai.....berselerakan..
Amat sukar untuk kucantumkan
serpihan-serpihan berkecai itu
walau sedaya ku mencuba....
Mungkin itu
satu  pengajaran buatku
syukurnya aku
tidak selama-lamanya
hanyut dengan cinta
yang tiada jaminan
tiada kepastian.


.

Biarlah Aku

Biarlah aku kuburkan namamu
sebagaimana aku kuburkan
cintaku ini padamu..
Biarlah aku hapus bayanganmu
dari ruangan mataku
sebagaimana aku hapuskan
ingatan dan kenangan kita
dari kamus hatiku..
Aku akan tetap mencuba
melupakanmu walau aku tahu
bukan mudah untuk kulakukan
dan aku sedari kau akan
tetap akan datang kembali
mengganggu hari-hari indahku..
Akan ku cuba
mengulas senyum walau  pahit
walau hati terasa sakit
walau jiwa mengelupur perit..

Inspirational Break Up Ouates

- Don't cry for a man or women who's left you because the next one may fall for your smiles. (mae west)
- To love and win is the best thing. To love and close is the next best..(william m.thackeray)
- Don't cry when the sun is gone because the tears won't let you see the stars..(violeta parra)
- If someone you love hurts you cry a river ; build a bridge and get over it.
- Giving up doesn't always mean you are weak ; sometimes it means that you are strong enough to let go.
- Experience is what you get when you didn't get or you can get what you wanted. And experience is the most
   valuable thing you have to offer.. (randy pausch)
- Pain is inevitable. Suffering is optional. (m.kathleen casey)
- If you really love something, just set it free. If it comes back that mean it's yours but if it wasn't  mean to be.
- Relationships are like glass. Sometimes it's better to leave them broken than try to hurt yourself putting it
   back together. (anonymous)
- Sadness flies away on the wings of  time.. (jean de la fontaine)
- When one door closes, another opens but we often look so long ang so regretfully upon the closed door
   that we do not see the one which has opened for us.. (alexander graham bell)
- Good judgement comes from experience ; and often experience comes from a bad judgement.. (rita mae
   brown)
- If you makes mistakes, there is always another chance for you. You may have a fresh stant any moment
   you choose. For this thing we call "FAILURE" is not the falling down but the staying down. (manny
   pickford)
- Just because somebody doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with
   all they have..
- Hearts willnever made practical until they are made unbreakable. (wizard of oz)
- It takes a couple seconds to say " HELLO ", but forever to say " GOODBYE ".
- Never regret if its good and it's wonderful. If it's bad so it's experience.. (victoria idolt)
- Outside...I'm masquerading. Inside...my hope is fading, since you put me down.
- My smile is my make-up I wear since my break-up with you.
- A break-up is like a broken mirror. It is better to leave it broken than hurt yourself to fix it.
- I can't smile, I can't laugh and yet I can't cry.

Dengarlah Sayang Luahan Hati

Sudah puas aku menangis
terlalu banyak titis airmata
yang ku curahkan
namun yang pastinya
ku tak ingin kau kembali
telah kutahu kini
isihati seorang lelaki......
Kau pernah berjanji
hanya aku kau cintai
hanya aku kau sayangi
hanya aku kau kasihi
hanya aku ada di hati
tapi mengapa kini
kau yang memungkiri......
Mengapa kau tak setia pada janji?
Mengapa hatiku kau lukai?
Mengapa jadikan mimpi
indahku begitu ngeri?
kau campakkan aku ke lurah benci....
Kuingin kau tahu
kuingin kau mengerti
di hatiku ini
tidak pernah ada benci
selamanya kau tetap di hati
selamanya kau terus bersemadi
kerana cintaku
tidak pernah mati
walau hatiku kau sakiti
berkali-kali..........
Dengarlah sayang luahan hati
dariku yang pernah
kau cintai......................

Wednesday 30 November 2011

Luahan Hati (untuk seorang adam )

Aku melangkah ke tingkap
lalu ku buka dedaunnya
ku lempar pandangan
pagiku yang permai
segala-galanya nampak indah..
Suasana menghening
daun-daun berguguran
angin mendesah perlahan
segar, dingin dan nyaman....
Tiba-tiba seperti terdengar
suaramu bertelingkah membawa
dialog-dialog cinta dusta
yang begitu indah kau cipta..
Dan kini aku sendiri lagi
tanpa benteng cinta
tanpa hamparan rindu
tersadailah aku
kembali di pelabuhan sepi itu.....
Aku mengelupur, menekan dada
airmata menyesak rasa
sukarnya  menahan air panas
nan jernih ini
yang sering mendidih
dari kawah mata..
Oh Tuhan!
mengapa aku sederita ini?
adakah sengsara ini
sehebat-hebat dugaan yang perlu
dihadapi setiap insan?
Bagaimana dapat kuselami jiwa
seorang adam yang tulus?
yang mencintaiku sepenuh hatinya?????
telah ku mencuba.......

Fahami Aku

Mengapa kau begitu pantas
meleraikan kata dan bicara
seakan tidak sabar
menagih cinta dariku?
Mengapa tidak kau
cuba untuk fahami aku?
Tahukah kau
menjebak burung enggang
bukanlah seperti menjebak si pipit...
dan aku sebenarnya takut
untuk berbicara tentang cinta
bagiku ia samalah
bagaikan aku merompak cintamu..
Aku tidak berani menduga
lautan yang maha dalam
kerana aku takut akan
kelemasan dan tenggelam kedasarnya
aku tidak punya kekuatan
untuk itu...............
Kalau  kail panjang sejengkal
lautan dalam jangan diduga
itulah diriku.....maafkan aku.
Biarlah aku sekadar bermain
di parit yang cetek
kalau jatuh sekalipun
aku masih mampu
untuk bangun berdiri.

Lamunanku

Perasaan gembira bergelodak
di dalam hatiku
ku terbayangkan senyumanmu
terasa seolah-olah ada
secebis cahaya menerangi
hari kelamku
seperti tidak sabar
menanti kepulanganmu.
Namun tiba-tiba
kegusaran pula bersarang
menghentam kedamaian.
Kenapa aku berasa gusar?
adakah kau akan pergi
tinggalkan aku sendiri lagi?
Astaghrifullah hal aghzim!
kenapa aku berfikir begini?
tidak....na'un zubillah! Ya Rabbi
Kembalilah sayang padaku
hadirlah dalam mimpi indahku
aku merinduimu.......

Kenanganku

Inikah barangkali sebuah memori?
entah....aku sendiri tak pasti
yang aku tahu
ini adalah kenang-kenanganku
kenangan masa lampau
yang kembali terimbau..
  Suara hatiku menjerit-jerit
  bagaikan dicubit-cubit
  tiada siapa menghiraukannya
  pedih...rimas..kacau
  haru-biru tidak menentu
  di buatnya aku..
Kubuka jendela kamar
sengaja kubiarkan dingin
angin malam menerpa masuk
terasa nyaman...mendamaikan.
  Aku mula memikirkan kenanganku
  semilir rindu menyentuh kalbu
  rindunya aku padamu
  rindunya aku pada senyumanmu
  rindunya aku pada senda gurauanmu.
Namun sayangnya
itu semua cerita yang dulu
lalu kukunci rindu buatmu
kukuburkan cintaku dari hatimu
biarkan....biarkan ia berlalu
bersama edaran detik waktu
aku pasrah dengan takdirku.

Luka Hatiku

Di pagi ini
hatiku teramat luka
seperti hari-hari kelmarin juga
hatiku masih menanggung duka
setelah kehilanganmu yang kucinta.
Aku cuba menahan sebak
yang bergetar di dalam dada
walaupun kutahu ia sia-sia
namun aku
akan tetap terus mencuba
kerana aku tidak lagi rela
membiarkan cintaku terus membara
padamu yang tidak setia
padamu yang berpura-pura..
Kusedari kini
aku padamu tidak bererti
laksana sebuah mimpi
yang menghiasi
lenamu di malam hari
menjelang pagi semua pergi
tidak tinggal apa-apa lagi
tiada apa-apa
tiada apa-apa
cintamu...cinta pendusta!!

Kurindu......Kembali Sayangku

Malam semakin tua
namun mataku
belum jua mau lena
kedengaran di luar sana
nyanyian cengkerik
memecah alam kesunyian.
Bayu malam berhembus lembut
nyaman dan mengasyikkan
bulan bersembunyi menyorok sirna
malukah ia ataupun apa?
Sesaat gugur manik jernih
halus bagai salju...dingin
menggamit kerinduaan datang  bertamu
tidur lena di kamar hatiku..
Aku rindukan mesra suaramu
telah terlalu lama
tidak kudengari
indah merdu melagu syahdu.
Ku rindukan belaianmu
menenangkan kegundahan hatiku..
merawat setiap kelukaanku.
Kembali sayangku, kembali padaku
aku tidak pernah jemu
menunggumu..........

Tuesday 29 November 2011

Seorang Adam ( 2 )

Seorang adam
ku yakin hanya berdampingan
dan didampingi olehmu
keselaluan semua
yang ku kehendaki berkumpul
dan kau sudi bersamaku
bersusah di setiap liku
perjuangan hidupku.
Seorang adam adalah
sumber dari seluruh hidup
seperti perutusan damai...
Dialah juga ombak
pantai, pasir dan angin
jua adalah
sawah padi yang menghijau
dan bukit-gunung membiru
yang dapat menenangkan jiwaku
yang dapat meleraikan rinduku
yang dapat mengubat lukaku...
 ku perlukan cintamu
ku perlukan kasih sayangmu
ku perlu belaianmu
wahai seorang Adam.

Seorang Adam ( 1 )

Seorang adam
telah memberiku kebahagiaan
di pertembungan dunia seni
di pantai pengertian
yang telah memberi harapan
tanpa perlu kuperhitungkan
kebingungan di pantai sepi.
Ada kesesuaian yang begitu mesra
dapat kurasakan kini
sekaligus menerpa 
ke dalam kesenangan ku..
Aku tidak perlu lagi
mengeluh seperti ombak
yang menerjah ke pantai..
Aku tidak ingin diri ini
selalu menerpa tanpa dasar
jua tidak mahu menjadi
seperti buih-buih sabun.
Seorang adam semakin kudekati
maka semakin lama
semakin menjadikan aku 
serumpun tumbuhan paya
memuncak hijau.

Love Texts

   - One of the worst feelings is when someone makes you feel 'special' then suddenly leaves you hanging and 
      you have to act don't care at all.
   - Some people usually ignore you in public.......but still LOVE you in private.
   - The one you love is closer than you think.
   -I'm gonne find someone someday who might actually treat me well.
   -You probably won't remember the things I won't forget.
    -I would love to tell you how I feel. I'm just afraid that you don't feel the same way as I do.
   -Yesterday, I'm praying for you to be mine.......but now, I'm praying to have the maturity to think that if you 
     wouldn't be mine. I'D STILL BE FINE.
   -One day I'm not going to do what I'm expected to do. One day I'm going to do what can makes me 
     happy. One day soon I'm going to live my life.
   -Cupid has hit me with his sharpest arrow and now I am so deeply in love with you.
   -Last night I looked up and  matched each star with a reason ' Why I Love You ' ; I was doing great until
     I ran out of stars.
   -It's amazing how someone can break your heart but you still love them with the little pieces.
   -I wish you could understand how I feel about you.
   -Do your legs hurt from running in my dreams all night?
   -You will always be the answer, when somebody ask me what I'm thinking about.
   - Come live in my heart and pay no rent.
   -If I could be any part of you, I'd be your tears. To be conceived in your heart, born in your eyes, live 
     on your cheeks and die on your lips.
   -LOVE is when you tell a guy you like anything about him especially his shirt...then he wears it everyday.
   -LIFE is a short, makes it beautiful. Break the rules. Forgive quickly. Kiss slowly. Love truly. Laugh
     uncontrollably and never regret anythings that made you smile.

Gelodak Rindu

Matahari semakin redup
di kaki langit barat
air sungai meriakkan
gelombang kecil.....indah mempesona
pemandangan alamraya...........
Hatiku gemuruh kuat
bagaikan air banjir di sungai
membawa gelodak rindu
menghanyutkan sisa-sisa cinta
ke muara hati
tersadailah ia di situ
tanpa kuingin ambil tahu.
Aku menekan perasaan ini
jangan mudah terhanyut duka
kulepaskan kekecewaan hati
namun nyatanya
semakin pedih luka ini
hatiku sudah tidak tahan lagi
menanggung derita ini.
Entah apa lagi
perlu aku lakukan kini
mengapa kau payah untukku
lupai?????????????

Di Daerah Sepi

Udara dingin malam ini
mengcengkam kulitku
ku rasa segar
menyelimuti seluruh tubuh
bayu berbisik lembut
terasa menghalus nyaman.
Malam semakin kelam
namun mataku tetap
tidak jua dapat dipejamkan
kuingin tidur tenang
dan pulas dalam genggaman
mimipi - mimpi indah.
Fikiranku jauh melayang
entah ke mana...tetapi
sesekali imbas terbayang
seraut wajahmu itu
bersama sebuah senyuman
indah dan mempesonakanku
membungakan sebuah harapan.
Hatiku sudah tidak tertahan
menanti hari esok
kuingin kau segera kemari
menemaniku di sini
di daerah sepi ini.

Saturday 26 November 2011

My Love - East Clubbers (techno)

You are my love
of my live
I am supposed to be
with you.
My angel, my sky
was it not
enough to you?
So many nights
we spent togather
different point of you
was building out love.
Now our feelings are
so real like imitation
leather
How will I find myself
if you will take
my heart away.
You were love
of my live
ain't I supposed to be
with you?
was it not enough for you?
It really sacrifice
finally has turned out
and now my heart is
cold as ice.
I never in love
I know it's the same
forget about your promise
just let it be this way
you get this ever
I've get to run away.....

Bicara Hatiku

      Kalau hatiku ini dibiarkan begini.....kecewa dan putus asa, dia akan lenyap sendiri, akan pupus sendiri dan mungkin kemudian akan mati terkubur tanpa merasakan nikmatnya hidup bersamamu. Pemergianmu.....seperti meregang nyawa dari jasadku. Semangat hidup semakin redup.....kian hari kian suram dan membuat hatiku bertambah duka, bertambah luka.... Duka itu terus mengheret dalam jiwaku......pedihnya ku rasakan.
      Aku tidak akan mengalih pandanganku kepada yang lain. Cintaku tetap pada seorang saja iaitu KAU.  Dan kau akan tetap jadi milikku walaupun kita akan mati bersama. Demi Allah,,,, aku tidak akan menyerah kalah. Aku tidak ingin berpisah denganmu, ..........sesekali tidak akan berpisah!

Pentingnya Ilmu

Hidup orang yang berilmu, kalau terbuang di dalam hutan pun ; akar dan kayu tetap boleh mendatangkan manafaat buat dirinya.  TETAPI hidup orang yang tidak berilmu, walau tercampak di dalam gua emas sekalipun; dia tidak akan pernah tahu untuk menilainya.   tuntutlah ilmu seberapa banyak dan pergilah sejauh yang perlu kerana dalam menuntut ilmu tiada pernah ada had dan sempadan yang di tetapkan.

Tanya Pada Diri

CINTA adalah kehidupan. Kehidupan perlukan pengorbanan. JADI apalah ertinya cinta tanpa pengorbanan?
Sanggupkah kau berkorban demi cintamu? Tanyalah pada hatimu....... Andai jawapannya " YA " , maka bertanyalah pula " IKHLASKAH AKU ? ". Andai jawapannya juga adalah " YA " , itu bermakna kau telah bersedia untuk bercinta dan mencintai pasanganmu.

Demi Cintaku

Api cintaku
tidak pernah padam buatmu
sentiasa membara
sentiasa menyala.
Rinduku padamu
tidak pernah hilang
dari hatiku...selalu ada.
Kasihku padamu
sentiasa mekar...sentiasa mengharum
bagaikan kembangnya mawar
di taman hati.
Sayangku padamu
tetap utuh...tetap teguh
buat selama-lamanya
bagai teguh berdirinya Taj Mahal.
Akan ku takluk dirimu
demi cintaku. 

Aku Berharap

Aku berharap janganlah kau
pernah berubah sikap
dan berpaling dari cintaku.
Biarlah anara kita
saling cinta-mencintai
saling sayang-menyayangi
dan tetapkanlah
ia selalu begitu
di hati kita
buat selama-lamanya.
Antara kita berdua
bagaikan satu jiwa
dalam kelopak mawar.....
indah dan mengharum.

Hidup Ini Kurasakan

HIDUP ini kurasakan bagaikan
hanya setapak jalan
bilamana kau
tiada lagi di sisiku.
Susah.......enggan dan....
tidak kuasa kakiku
untuk melangkah lagi
ke tapak-tapak seterusnya.
Aku sepi tanpamu
aku rindu padamu
kembali sayang, kembali padaku
aku perlukanmu
untuk menemani hari-hariku.

Kasih

Dalam kesepian begini
aku memikirkan dirimu
memikirkan segala kesalahanku padamu
sesungguhnya aku tidak tahu
apakah salah dan dosaku
aku tidak tahu.......kasih.
mengapa dengan tiba-tiba
segala ini harus terjadi
aku tidak tahu
di mana........kesilapanku
kau terlalu berahsia padaku.
Ketahuilah kasih.....cintaku
kasih dan sayangku hanya untukmu
tiada duanya
dan itulah
untuk selama-lamanya.......
Sehingga satu masa nanti
jasadku terpisah dari tubuhku
aku tetap menyintaimu
aku tetap menyintaimu kasihku..............

Mungkinkah......Akan Dapat

Pohon-pohon yang tumbuh di tepi jalan menggugurkan daunnya. Angin mengusik daun-daun itu sejak pagi lagi. Inilah satu petanda musim kemarau akan tiba. Ya musim kemarau yang panjang akan mengugurkan daun-daun kering.....hmmm aku mungkinkah akan seperti itu?
Cinta kami semakin hari semakin mendekati pupus dimamah waktu. Mungkin akan gugur tanpa disentuh angin. Mungkin akan luruh tanpa di sentuh embun.Dapatkah aku memberontak bagi memenangi kehendak hati?  Dapatkah aku menentang segala kehandak dan takdirku demi kebebasanku untuk memiliki dirimu? Aku sudah tidak tahu apa lagi yang perlu aku lakukan untuk bisa bersamamu....untuk membuktikan cintaku. Sungguh aku tidak berdaya..........tahukah kau? Fahami aku!!!!!

Doa Cinta

" Ya Allah...........berikanlah petunjuk padaku yang lemah, apakah cinta kami diibaratkan hanya sebagai satu perumpamaan? Apakah cinta kami bagaikan api yang seketika menyala terang..... menerangi hidup manusia sekeliling?  Dan apabila tiba masanya.....Ya Allah, api itu akan padam, alam sekeliling menjadi gelap? Ya Allah,,,,,,,Kau biarkan aku dalam kegelapan, tidak dapat melihat realitinya cintaku.

Wednesday 23 November 2011

Terimakasih

Terimakasih sayangku atas cintamu
terimakasih kerana setia bersamaku
aku jua sepertimu
mencintaimu...menyayangimu..merinduimu
Rindu ini bagai lahar
yang meranapkan dinding kasih
yang membakar hangus ladang dendamku.
Rinduku padamu
tak pernah berpenghujung
selalu melanda, selalu ada
cintaku padamu
selalu mekar mewangi
selalu membara apinya.
sayangku padamu terlalu mendalam
sedalam-dalamnya lautan biru
kasihku padamu
seluas langit yang terbentang
tetap utuh, tetap teguh
untukmu selamanya untukmu
TERIMAKASIH buatmu sayangku
kerana mengajarku erti bahagia
kerana mengajarku erti cinta.

Kembalilah

malam ini airmataku
gugur lagi membasahi pipi
berhari tanpa dirimu
aku ditemani sepi
aku dipagari resah....
dan hatiku seringkali
diamuk badai kerinduan
jiwaku jadi tak menentu
Setiap hari, setiap waktu
perkhabaran darimu kutunggu
namun kau tetap membisu.....
aku terlalu merinduimu
kembalilah sayang kembali padaku
jangan biarkan aku begini
menanti dan menanti
jangan biarkan
pohon cintaku terbiar sepi.....

Menunggumu

Hatiku di pagut resah
kau yang kutunggu-tungu
tidak jua menjelma
dudukku bagai atas bara
tidurku tidak juga lena
di cuba bertenang
ketenangan itu kalah pula
kau buatku gelisah
kau buatku serba salah
malam kian memanjat tua
peluh dingin hangat terasa
kau yang kutunggu
tiada kunjung tiba
Ku cuba lempar jauh-jauh
segala keresahan..kegelisahan
ku cuba mengingat selain dari
tidak datangnya kau padaku.
Tiada seorang pun tahu
betapa aku mencintaimu
betapa aku menyayangimu
betapa aku rindukanmu
aku tetap aku
seperti yang kau kenal dulu
akan tetap dengan tujuanku
tetap setia menunggumu.....

Indah

Daun jendela
ku kuak perlahan-lahan
sinar matahari yang ramah
jatuh mencium lantai.
Ku lihat pagi yang cerah
langit berwarna biru
matahari bersinar lembut
suasana yang indah
di awal musim kemarau.
Dan keindahan yang terpamer
menghantar rasa bosan
menghantar rasa sepi.
lalu kutarik nafas dalam-dalam
terpandang potretmu
di atas meja kecil
di sudut kamarku.
Kutatap wajahmu.....indah
tidak pernah jemu tersenyum
semakin direnung
semakin sayang, semakin rindu
khayalan berbunga dalam diri
memunggah rasa, membelai jiwa
kau nafasku, degupan jantungku
semangatku, cintaku
ke marilah kau padaku
aku terlalu merinduimu.....

Sebening Sinar Matamu

Di bening sinar matamu
ku lihat kasih
berbunga rindu
menyelimuti rahsia diri
pada sebuah pelabuhan
kehidupan yang murni.
   Maafkan aku sayamg
   jika impianmu kandas
   untuk dijadikan kenyataan
   aku tidak berdaya
   melawan kehendak takdir........
Aku pergi dulu sayang
mencari sebuah kebahagiaan
yang tidak dapat
aku berikan padamu.....

Sisa Cinta

Malam ini mataku
tidak bisa lena
hatiku diamuk resah
yang tidak menentu
lalu kusingkap tirai kenangan
di lebaran musim berganti
ternyata tanpa kusedari
masih ada jalur rindu bertamu
pada dirimu
masih ada sisa cinta
bermukim di hatiku....
Hebatnya perasaan ini
meskipun berkali ku mengusir
tetap jua berkali-kali
ia hadir.....
aku lemas dengan rindu ini
aku benci akan perasaan ini
kau bukan sesiapa
pada diriku lagi
hanya sekadar serpihan
dari sisa cintaku
yang dulu......

Tinggal Kenangan

Aku tersenyum sendirian
ada sesuatu yang menyenangkan
bertandang dalam fikiran
perasaan itu membuat aku
tiba-tiba tersipu.....malu
Angan-anganku terus kembara
kurasakan kau
membelai-belai helaian rambutku
dan mengajak aku
lari dipadang yang menghijau
alangkah indahnya.
lantas ku larikan khayalan
ke alam realiti
ku padamkan litar fantasi
biarlah ia pergi
cukuplah....cukuplah
sekadar di sini
aku sudah tak ingin
mengingatimu lagi..............

Andai (2)

Ketawamu membuat aku tersenyum
kata-katamu membuat aku tertawa
Andai malam ini bulan tersenyum
itulah senyumanmu
indah...........bercahaya.
Andai matahari semalam
tidak muncul lagi
izinkan aku menghantar sinarku
buat menghiasi harimu
buat menyinari hatimu.
Senyumlah sayangku......

Andai

Andai matahari itu dapat kugapai
akan kuhadiahkan sinarnya untukmu
agar sinarnya bisa membuat
kau tersenyum semula.
Andai semalam
bukan milik kita berdua
kau lakarkanlah esok
menjadi milik kita
agar terbukti yang adanya
cinta antara kita.
untuk selama-lamanya.

Kau

Kau sering membuatkan aku tersepit.
kalau berlari, aku pastikan tersungkur.
kalau berjalan, aku pastikan tersadung.
dan kalau berdiri tegak sekalipun,
aku pasti akan ditolak jatuh.
Lantas.....
apa lagi pilihan
yang aku ada?
tolong nyatakan
tolong jelaskan....

Kau Dan Aku

Manis senyummu menjelma keraguan
duduk pegunmu menyimpan persoalan
walau tidak terlafaz ungkapan itu
telah terpancar kata-katamu itu.
Oh! ketulusan jiwamu tak kurasakan
mesra suaramu juga tak kudengar
manis kenangan lalu menusuk jiwa
kerana asmara ini hanya ciptaan.
Biarku mengabadikan cintaku
kerana aku tidak rela disinggung
biarlah aku ditemani sepi
kerana ia takkan meninggalkanku
Jika kau sedari dalamnya cintaku
pastinya kau
akan kembali mencariku....

Tentang Perpisahan

3 perkara yang akan membuat kita rindu :
    -perpisahan
    -kehilangan
    -berjauhan
Apa-apa pun, kerinduan itu mengajar kita erti kesabaran.
Kerinduan itu mengajar kita erti cinta, kasih sayang dan
betapa pentingnya seseorang pada diri kita sewaktu dia
masih bersama kita.

Mimpi

Aku umpama mimpi
yang hadir buat menghiasi
lenamu di malam hari
apabila menjelang pagi
semuanya telah tiada lagi
menghilang..............
entah ke mana pergi.
kini aku mengerti
aku tidak mungkin dapat menyintai
bersamamu jua
takkan mungkin terjadi
kerana sebuah mimpi
tidak akan mungkin
menjadi.....sebuah realiti
itulah antara kau dan aku
hanya terkaku menghimpun rindu.

Kenangan Cinta Kita

Sayu pandangan merentas kenangan
terimbau kini semua
kisah dan cerita
sewaktu kita bersama
meluahkan segala yang dirasa
indahnya dunia cinta
ciptaan kita.
Di daerah hati ini
tersimpan kenangan
yang tetap segar
walaupun telah lama
kisah gembira dan duka
cinta antara kita berdua
segalanya bermain di ingatan.
Betapa cinta itu
telah hilang ditelan waktu
segala bibit mesra pudar
tidak tersisa lagi.
Maafkan aku.......
jika kau terluka
kerana di hati ini
sudah tiada cinta
buat dirimu yang berdusta.
Semua kisah cinta lama
akan kubuang tanpa sisa
takkan kusimpan
walau secebis cuma
kerana ia hanya
menambah luka di dada
dan kau pula
ku yakin takkan lama tersiksa
kan ada insan sedia
menanti hadirmu
untuk ke istana bahagia.
Lupakan aku buat selamanya
SELAMAT TINGGAL CINTA!!!!!!!!!!!!!

Berlabuhnya Pelayaran ini

Ku labuhkan suatu pelayaran hati
di sebuah dermaga yang mengerti
ketenangan.....setenang air di kali
menjengok hari-hari yang ku lalui
segala onak dan duri merintangi
pasti ku tempuhi.........
bersama kekuatan diri
bersama restu Illahi
penuh kesabaran
dan keikhlasan hati.
Kucuba sembuhkan luka dihati
luka lama yang sukar kuubati
demi mengembirakan sekeping hati
yang seakan telah lama mati
sejak kau tinggalkan aku........pergi.
Dalam menghadapi pelayaran ini
semoga dapat ku labuhkan
hati yang sepi
di dermaga emosi
yang memiliki
bahtera bahagia yang hakiki
hanya itu yang ku ingini.

Hidup Ini

Hidup kita ini umpama pasir di tepian pantai. Terkadang kita di bawa ombak....tenggelam ke dalam lautan dan kadangkala kita dibiarkan sepi serta kering di bawah teriknya sinar mentari. Siapa pun kita, jangan sesekali lupa asal-usul dan siapa yang menciptakan kita kerana Dia tidak pernah lupakan kita walaupun kita pernah lupakan Dia. Bersujudlah dan berserahlah diri pada-Nya.

Jika Allah (2)

Jika Allah mahu memberikan sesuatu tiada siapa yang dapat menghalangnya. Jika Dia mahu menghalang sesuatu, tiada sesiapa yang memberikannya. Dia Maha Berkuasa menghadirkan hajat seseorang insan dalam pelbagai rupa dan bentuk, jalan yang tidak di duga-duga. Dia Maha Mengetahui apa yang terselit dalam benak insani ketika seseorang itu mengadu kepada-Nya.

Jika Allah (1)

Kebahagiaan itu jika Allah berikan, tiada siapa yang dapat merampasnya dalam dada kita sekalipun tubuh dilukai dan dipenjarakan.Sengsara jika Allah mencampakkannya kepada kita,tiada harta yang dapat menghalangnya, tiada wanita atau lelaki yang dapat menceriakannya dan tiada kuasa yang dapat menangkisnya. Percayalah dan berjalanlah atas keimanan itu menelusuri diari kehidupan ini berbekalkan amalan kebaikkan.

Monday 14 November 2011

Bicara Hati Buatmu

Ku sambut rindumu
ku belai kasihmu
menjadi satu ikatan
yang tak bisa terlerai.
Ku tak sanggaup kehilanganmu
hanya mati yang
bakal memisahkan kita.
ku berdoa semoga
kau menjadi suriku
kan ku bahagiakanmu
hingga akhir hayatku.
Ku bahagia bersamamu
tiada emas permata
yang dapat ku berikan
hanya jiwa dan ragaku serahkan
sayangku.....bilakah kita
dapat bertemu untuk menghilangkan
rindu dan dendam ini?
Alangkah beratnya aku
menanggung rindu ini
namun aku bersyukur pada Ilahi
dianugerahkan kau buatku.
 ku bahagia adanya kau
ku bertuah kau datang
dalam hidupku.........
Ku ucapkan TERIMAKASIH
kerana kau sudi
memperhambakan dirimu
tanpamu.....sepilah aku
goncanglah hidupku.
Datanglah padaku sayang
kan ku berimu kebahagiaan.
datanglah...datanglah....datanglah
apa yang buat kau terpanggu
ku dah tak mampu
untuk menanggung rindu.

                                                 - (wais)-
                                         

Keluhan Hatiku

Ku menangis merinduimu
resah hatiku menunggumu
mengapa kau tinggalkan aku
disaat aku memerlukanmu
disaat pintu cintaku
terbuka buatmu
kau persendakan kasih sayangku
tidak pernah terduga olehku
semua itu permainan darimu
hanya senda gurauan buatmu.
Teganya kau sakitiku
teganya kau kecewakanku
teganya kau singkirkanku
dari hatimu...dari hidupmu
Namun aku
ingin kau tahu
bahwa api cintaku
tidak pernah padam buatmu
selalu membara di hatiku
selalu ada untukmu.............

Maafkan Aku

Andai tiba suatu waktu
aku tidak lagi bersamamu
jangan kau menangis sayangku
Relakan aku......
relakan aku pergi darimu
bukan aku membencimu
kerana itu.....
tidak mungkin bagiku
kau nyawaku...kau nadiku
tapi apa dayaku
takdir ILAHI jadi penentu
kau dan aku
tidak mungkin menyatu
aku bukan untukmu
kau jua bukan untukku
sayang......
MAAFKAN AKU!

Aku Cinta Padamu

Sayang........
aku merinduimu
di setiap edaran waktu
cintaku padamu selalu ada
di setiap denyutan nadiku
tertulis namamu
di setiap aliran darahku
harum wangian kasihku
tetap seperti dulu
tidak pernah berubah
walau musim terus berlalu.
Kau segalanya buatku
kau nyawaku semangatku
aku perlukanmu selalu di sisiku
Sayangku..........
aku cinta padamu
hanya itu yang aku tahu.

Kepastian

Mengapa rindu ini
tak pernah berhenti dari
menjenguh kamar hatiku
namun terkadang aku terfikir
adakah kau juga merinduiku
adakah kau juga ingat aku
sebagaimana aku rindu
sebagaiman aku ingatkan mu?
Aku jua sering tertanya-tanya
sampai bila
aku harus begini
meneka dalam kesamaran
menanti jawapan
yang tidak pasti
hatiku berteka-teki
sendiri........
Kau seolah-olah tidak pernah
ingin ambil tahu
persoalan yang tidak
pernah........terjawap
jawapan yang tidak
mungkin aku dapat
aku keliru.......

Saturday 12 November 2011

Kekasihku Datanglah

Rindu ini datang lagi
entah untuk ke berapa kali
aku pun tidak tahu
tidak pernah kuhitung lagi
mungkin dalam kebarangkalian
begitu banyak sekali.
Kekasih.........
Andai malam ini
kau hadir....pastikan
kau baluti rinduku ini
dengan selimut kasihmu
dengan belaian cintamu
dengan pelukan mesramu..
Kekasihku.....
datanglah padaku
aku tak tahan menanggung
badai rindu ini
sesungguhnya  sayangku
aku mampu menghadapi apa pun
ujian yng mendatang
tetapi aku.....
tidak sanggup kehilanganmu
tanpamu aku tak mampu
bernafas sendiri.........

Harapanku Cuma

Aku tidak mengharapkan harta atau kemewahan dalam hidup kerana aku tahu itu belum pasti menjanjikan bahagia walaupun ia diperlukan untuk teruskan hidup. Aku juga  tidak mengharapkan kesempurnaan pada dirimu kerana aku tahu tiada satu pun ciptaan Allah sempurna, semua ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri selain Allah. Namun aku percaya semua ciptaan Allah punya keistimewaannya. Aku tidak mengharapkan keajaiban berlaku dalam hidupku kerana aku tahu perkara itu jarang-jarang berlaku. Kalau ada pun hanya satu kebetulan dan aku tidak percaya pada kebetulan. AKU.......aku cuma mengharapkan cinta, kasih dan sayang yang ikhlas semata-mata kerana Allah saja KERANA jiwaku ini terasa kosong tanpanya.........

Kenangan Terindah

Di kala tirai malam
melabuhkan sayapnya
jiwaku meronta resah
tersingkaplah tabir rindu
terbukalah rantai kenangan
lalu bertalu-talu
mengetuk pintu hatiku
merayu agar dibukakan
merayu agar diberi peluang
menyingkap memori silam.
Kenangan bersamamu
terlalu indah buatku
bertahun kita bersama
tak pernah sekali pun
kau sakiti hatiku.
Aku terlalu sayangkanmu
aku terlalu cintakanmu
aku terlalu kasihkanmu
aku selalu rindukanmu
beribu janji kita lafazkan
termatri tersimpul mati
bahagianya saat itu.....
Tapi takdir mengatasi segala
tanggal 9 september
kau pergi jua......
tinggalkan aku berteman sepi
tinggalkan aku bersama kenangan
aku terlalu merinduimu.......
Damailah kau di sana
di sisi TUHAN yg Esa
kasih sayang dan cintamu
takkan pernah mati dari hatiku
kerana kau.....
KENANGAN TERINDAH BUATKU.
                                   

Love

LOVE isn't like a clock. You can't take it a part to see what makes it tick. And if you could, probably you could never get it back together again. LOVE is so mysterice. It an emotion that is beyond understanding. It's the best and beautiful things in this world that you cannot be seen or even heard but you must be felt with the heart. LOVE also isn't a decision, if we could decide who to love, then.....less magical. LOVE is also like a honey...... sweet but it not possible will become as a poison. LOVE is pain!

Friday 11 November 2011

Kau Teristimewa

Kau yang pernah singgah dihatiku
bagai impian musim bunga
indah, tenang dan mengharumkan....
mekarlah kelopak bunga cinta
berbajakan kasih sayang
menganyam mimpi-mimpi indah
mematri janji setia......
namun...
sayangnya itu hanya ilusi
kau pergi
tak mungkin akan kembali
tinggalkan aku berteman sepi
bersama untaian mimpi ngeri
bersama hati yang telah mati.
Damailah kau di sana
di sisi TUHAN Yang Esa
kau takkan pernah kulupa
kau tetap utuh di jiwa
kerana kau.....
terlalu istimewa tuk selamanya.

Tak ingin

Aku tak ingin terlalu cinta
kerana takut segalanya jadi sia-sia.
aku tak ingin terlalu sayang
takut aku hanya pendatang.
aku tak ingin terlalu kasih
bimbang dikatakan menagih.
aku tak ingin terlalu merindu

risau andai segalanya jadi tak menentu.
aku tak ingin terlalu mengingat
kerana aku takut
andai semua ini hanya sekejap.
aku tak ingin menyemai impian
kerana aku takut tak kesampaian.
aku tak berhasrat untuk memiliki
kerana aku takut hadirku
hanya sekadar peneman sepi.

Jalan

Jalan cerita apakah ini
yang sedang aku lewati
yang sedang aku susuri
lorong-lorongnya penuh duri
mencalari setiap langkah kaki
yang aku jejaki.....
Jalan cintakah ini?
dalamnya penuh cerita hati
tentang kepedihan, kelukaan, kesakitan
tentang kasih sayang dan kebahagiaan .....
Jalan hidupku kah ini?
sering dibelenggu rindu
dirantai sepi
diamuk resah
dibakar api dendam........
Mengapa?....
jalanku begitu kosong
kelam dan gelita tanpa sinar?
ke manakah....
hilangnya cahaya penyeri jalanku?

Mungkin

Mungkin kau tak pernah tahu
betapa aku merinduimu
mungkin kau tak pernah tahu
betapa aku mencintaimu
mungkin kau tak pernah tahu
aku terlalu menyayangimu
mungkin kau tak pernah tahu
sedalam mana kasihku
mungkin kau tak pernah tahu
aku selalu mengharapkanmu
mungkin kau tak pernah tahu
aku ingin kau di sisiku.....selalu
mungkin kau tak pernah tahu
kau amat kuperlu
setiap waktu
kau mungkin tak pernah tahu
akan semua itu....atau
kau sekadar berpura-pura
tak ingin ambil TAHU........

Rinduku

Hatiku terbang jauh
membawa rinduku padamu
yang amat kukasihi.
sebenarnya.....
di hari-hari begini
kita bisa bertemu
membina sebuah jambatan kasih
membiarkan kesetiaan
meniti hati ke hati
biarkan pandangan berkuntum senyum.
sayang.....
walaupun kita berjauhan
simpanlah hatiku
yang tinggal di sisimu
simpanlah buat penawar rindu.
ku bawa bayangan wajahmu
bersama hidupku
ku kalungkan kenangan manis
di tangkai hati.
Kasih....
taburilah jalanku
dengan bunga doamu
agar hatiku damai selalu
agar cinta kita
terus bersatu
mekar selamanya di jiwaku.

Thursday 10 November 2011

Perjalanan

Telah kugaris usia nan rapuh
di hujung mimpi
telah kutemui kenangan
di lembaran musim berganti
malam pun menyambut keheningan
dengan senyuman
kutemui sebuah kata-kata
yang tanpa akhirnya.......
Ku tahu kehadirannya bersama embun
yang tiba-tiba
membasah di hujung dedaun
yang jatuhnya
di celahan rerumput kering
kutemui kerinduan 
di serakan reranting.
Beginilah akhirnya sebuah perjalanan
meniti usiaku yang semakin hilang
di telan kenangan dan
waktu yang pergi
berlari bersama hati
yang kian sepi......

Antara

kadangkala ia datang sendiri
dan adakalanya berdua
itulah antaranya
senyum dan tangis.
aku tahu aku dilahirrkan
ke dunia ini......sendirian
dengan sebuah tangisan gembira.
aku jua menyedari bahawa
aku akan mati sendirian
dengan sebuah tangisan duka....
tetapi mestikah aku sendiri
di antara lahir dan mati itu?
ku dambakan kasihMU Ya Tuhanku
kasih suci yang tiada
dimiliki manusia.
mungkin sekarang, esok atau lusa
Kau ragut nyawa dari tubuhku.....
Tuhanku...izinkanlah
ku hirup udaraMu sejenak
sesegar tangisan ketika aku
dilahirkan ke dunia.........

Di Persinggahan Rindu

Di persinggahan ini
mutiara - mutiara rindu bertaburan
menghampiri padang sukma
dalam untaian kealpaan
kudakap sebuah kehancuran
kekecewaan dan kegelisahan
mengisi ruang ingatan
terhempas pilu di pantai diri.
Di persinggahan yang sepi
dan maha kosong ini
sebenarnya tiada apa - apa lagi
kalau pun ada
cumalah sebuah taman
berbungakan mimpi - mimpi
kaku dan terasing..........
kaku dan terasing.....

Harapan

Harapan bagaikan mimpi
entah benar entahkan tidak
kenyataan yang belum nyata.
Harapan umpama pokok menjalar
entah hidup entahkan mati
perjalanan hidup yang belum pasti.
Harapan seperti buah di dahan tinggi
entah masak entahkan gugur
penentuan yang belum kuhitung.
Harapan bagaikan sungai
entah kering entahkan melimpah
rahmat yang masih tersekat.
Harapan umpama buih di air
entah timbul entahkan tenggelam
keadaan yang masih diawangan.
Harapan seperti kapas
entah melekat entahkan melayang
dunia yang masih kelam!
Harapan rupanya.....
antara realiti dan kenangan!

Mengapa

Aku sayangkan kau
lebih dari segala
tapi mengapa di hatimu
perlu ada tembok curiga.
Mengapa kau meragui kesetiaanku?
mengapa kau tega melukai aku?
begitu menebalnya cemburumu
hingga membuatkan aku jadi keliru
entah bagaimana lagi aku
harus membuktikan padamu
akan ketulusan hatiku
akan teguhnya dinding setiaku
tentang kejujuran cintaku.
Mengapa kau tak pernah
mempercayai keikhlasan hatiku
apa salahku?
apa dosaku?
nyatakanlah sayang walaupun satu
jangan lagi kau siksa aku
ku bermohon padamu
kekasihku...........

Mengapa biarkan aku

Mengapa biarkan aku menangis
jika kau benar menyintaiku
mengapa biarkan aku merindu
jika benar di hatimu ada aku
mengapa sakiti hatiku
jika benar kau menyayangi aku.
Pincang langkahku tanpa dirimu
sumbang bahasaku tanpa bisikanmu
sepi hariku tanpa kehadiranmu.
Datanglah sayangku
ucapkanlah kalimah cintamu
buat diriku yang merindu
hilangkan keresahan hatiku
aku rindu.......
aku rindu.....pada dirimu.

Cintamu

Cintamu.....
bermukim di hatiku
bagai sekuntum purnama
menyinar di malam gelap
bagai sebutir embun
mendingin di malam kering
dan bakal ku lapangkan
di sudut hatiku ini
sebuah ruang maha usang
untuk kuisi cintamu
di sisi rumpaian cintaku.

Penantian

Sesekali kekasih
melewati lorong kenangan
aku terpaku diam
menghitung rindu semalam
yang tercicir.....di sini.
Penantian ini menyiksakan
sebuah perasaan
duduk - duduk begini
sambil menghirup sacawan setia
semerbak harumnya
sedang di luar hujan mengila.
Pun seorang aku
masih sekukuh dulu
menggengam sekepal cintamu
hingga lerainya bunga senyum
di kelopak hari
ku nanti hadirmu.......