Tuesday, 29 November 2011

Seorang Adam ( 1 )

Seorang adam
telah memberiku kebahagiaan
di pertembungan dunia seni
di pantai pengertian
yang telah memberi harapan
tanpa perlu kuperhitungkan
kebingungan di pantai sepi.
Ada kesesuaian yang begitu mesra
dapat kurasakan kini
sekaligus menerpa 
ke dalam kesenangan ku..
Aku tidak perlu lagi
mengeluh seperti ombak
yang menerjah ke pantai..
Aku tidak ingin diri ini
selalu menerpa tanpa dasar
jua tidak mahu menjadi
seperti buih-buih sabun.
Seorang adam semakin kudekati
maka semakin lama
semakin menjadikan aku 
serumpun tumbuhan paya
memuncak hijau.

No comments:

Post a Comment