Manis senyummu menjelma keraguan
duduk pegunmu menyimpan persoalan
walau tidak terlafaz ungkapan itu
telah terpancar kata-katamu itu.
Oh! ketulusan jiwamu tak kurasakan
mesra suaramu juga tak kudengar
manis kenangan lalu menusuk jiwa
kerana asmara ini hanya ciptaan.
Biarku mengabadikan cintaku
kerana aku tidak rela disinggung
biarlah aku ditemani sepi
kerana ia takkan meninggalkanku
Jika kau sedari dalamnya cintaku
pastinya kau
akan kembali mencariku....
No comments:
Post a Comment