Wednesday, 23 November 2011

Kenangan Cinta Kita

Sayu pandangan merentas kenangan
terimbau kini semua
kisah dan cerita
sewaktu kita bersama
meluahkan segala yang dirasa
indahnya dunia cinta
ciptaan kita.
Di daerah hati ini
tersimpan kenangan
yang tetap segar
walaupun telah lama
kisah gembira dan duka
cinta antara kita berdua
segalanya bermain di ingatan.
Betapa cinta itu
telah hilang ditelan waktu
segala bibit mesra pudar
tidak tersisa lagi.
Maafkan aku.......
jika kau terluka
kerana di hati ini
sudah tiada cinta
buat dirimu yang berdusta.
Semua kisah cinta lama
akan kubuang tanpa sisa
takkan kusimpan
walau secebis cuma
kerana ia hanya
menambah luka di dada
dan kau pula
ku yakin takkan lama tersiksa
kan ada insan sedia
menanti hadirmu
untuk ke istana bahagia.
Lupakan aku buat selamanya
SELAMAT TINGGAL CINTA!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment