kadangkala ia datang sendiri
dan adakalanya berdua
itulah antaranya
senyum dan tangis.
aku tahu aku dilahirrkan
ke dunia ini......sendirian
dengan sebuah tangisan gembira.
aku jua menyedari bahawa
aku akan mati sendirian
dengan sebuah tangisan duka....
tetapi mestikah aku sendiri
di antara lahir dan mati itu?
ku dambakan kasihMU Ya Tuhanku
kasih suci yang tiada
dimiliki manusia.
mungkin sekarang, esok atau lusa
Kau ragut nyawa dari tubuhku.....
Tuhanku...izinkanlah
ku hirup udaraMu sejenak
sesegar tangisan ketika aku
dilahirkan ke dunia.........
No comments:
Post a Comment