Tuesday 27 December 2011

Tahukah Kau

Tahukah kau
bagai hendak pecah
pembuluh darahku
mendengar kata-katamu
sedih hatiku teramat sangat
sebak rasa dadaku
sesak nafasku...

aaaAku mampu menahan apa jua
kata-kata hinaan dan nista
oleh sesiapa pun jua
terhadap diriku
tapi tidak kali ini
dari orang yang kusayangi
orang yang kucintai
orang yang kukasihi
orang yang kuharapi.....

Terimakasihku buatmu
wlau ditukar dengan
segunung emas
takkan dapat membalas
apa yang telah kau
berikan buatku.
terimakasih banyak-bantak
atas kesakitan
yang pernah kau berikan ini!!!!

Kau(2)

Kau begitu cepat berubah
sehingga merumitkan lagi
segala kerunsingan
yang mengganggu batinku...

Kau sengaja menabur benih
bunga yang gelap
penuh duri
dan tidak
yang berwarna cerah
yang tidak berwarna-warni.....

Kau anggap diriku
bagai tanah yang subur
untuk benih-benih sebegitu....

Kau buat aku gelisah
tapi tahukah kau
aku tidak rela
menjadi mangsa keresahan?
kau selalu saja
mempunyai ketaksaan
dan teka-teki baru
untuk membingungkan aku....

Kau heret aku
dalam ketidakupayaan membuat keputusan
sedangkan aku harus mencari
suatu jawapan pada kepastian...

Aku mencari
"Sesuatu yang seperti mungkin
walau sebenarnya aku
tidak tahu"
namun kepastan itu
hampir-hampir menyinar
dan dapat kugenggam.....

Sunday 25 December 2011

Menyesal

Kudongak ke langit
tiba-tiba kurasa lemas!
setiap apa yang kulihat
kabur......berbalam-balam!

Apakah aku
akan terus begini?
relakah aku
terus jadi begini?
apakah yang harus kulakukan?
aku tidak ingin terus begini!

Mungkin benar
aku aku ridak sepatutnya
terima lamaran cintamu dulu
mungkin perlu
aku tidak meyambut kasihku
mungkin salahku
kerana telah menyayangimu
kerana telah mencintaimu.....

Tapi aku sudah terlanjur!
sudah terlajak!
untuk berpatah balik
huh! pasti payah
menyesal aku................

Mengapa Kau(2)

Kubentangkan hamparan kasih buatmu
kulagukan puisi cinta buatmu
kusulamkan mimpi indah dianganku
kutebarkan sayap rindu buatmu
kusemaikan kesetiaan dalam cintaku
tetapi mengapa
kau mencurangi aku?
mengapa kau tidak setia padaku?
mengapa kau mendutai aku?
mengapa kau semaikan
benih benci dihatiku?
mengapa ........mengapa kejamnya kau?

Thursday 15 December 2011

Love You

I love you.....
from the day I know you
I love you
from the everything at yourself
I love you
from the very bottom of my heart.....

Call me insane
because neither I don't know
how this feeling
trapped in my heart.

You

You have stole
this damsel's heart
you sparked the flame
of love in me
tell me the secret...

I'm yearn for you
at the night
without anyone's knowledge.....

You are my love
my sunshine my inspiration
my dreams my happiness
which overflows in my heart
with a variety of tastes
I love you so much.

Love 2

    Love and electricity are one in the same. If you do not feel the jolt in your soul every times a kiss is shared, a whisper is spoken, a touch is felt.......then you are not really-really in love at all.  Asking yourself.!!

Wednesday 14 December 2011

Buatmu Sayangku

Indahnya pagi ini
sang suria memancar terang
beburung berterbangan berkicau riang
dedaun melambai-lambai
ditiup sang bayu
sepoi-sepoi bahasanya
indah...menawan dan nyaman..

Tapi hatiku tidak begitu
saat ini aku
diulit resah yang bertamu
membawa bersamanya alunan
lagu rindu nan pilu....

Sayang....
apa khabar kau di sana
rindu hatiku tidak terkira
kita terpisah begitu lama
sehari kurasa
bagai bertahun lamanya
adakah kau jua merasa
seperti mana yang kurasa?
rindu ini buat dadaku
sesak.......melara.

Cantik

Kecantikkan?......cantik?
persoalan itu tiba-tiba
terpacul di pemikiranku
bersama keresahan hatiku
yang meruntun-runtun kaku
kumerasakan diriku tersendat
sesak dan semak
membuatkan diriku bagaikan
tulang dalam rongkongan....

Apa yang cantik?
persoalan itu berlegar lagi
di pemikiran tanpa jawapan pasti
aku mencari untuk memasti
untuk kumengerti
tetapi nyatanya seperti
barang yang jauh hendak dicekau
tangan pendek dihubung tak sampai
aku gugup mencari jawapan.

Kau Muncul Lagi

Wajahmu muncul lagi
bagai bayang-bayang
yang menhunjam diriku
seolah-olah ingin membisikkan
sesuatu padaku....

Kau menerpa aku
terasa seolah-olah tanganmu
meramas-ramas jemariku
dan membelai-belai wajahku
panas...sejuk dan mendebarkan
ku semakin kelemasan
semakin kelampusan...


Nafasku bergerak kencang

hebat dan ganas
ku merasakan kesukarannya
payah hendak direnangi
naluri hatiku sendiri
apatah lagi hatimu....

Perasaanku

Malam ini mataku
begitu degil untuk lelap
rasa dan hatiku begitu bebal
untuk sama-sama rehat.

Seribu persoalan menerjah minda
aku sendiri tidak dapat
menjawap suara hatiku
malah pertanyaan itu
bagai peluru
bertubi-tubi datang darimu..

 ku bersendirian saja
di kamar ini
peluh dingin mula merenjis
ku tak merasai panasnya
tetapi peluh dingin ini
terbit jua....

Ku kelemasan....kelampusan
aku bergomol dengan perasaanku
bukan takut namun
hatiku meruntun-runtun
apakah ini gejala cinta
yang beranting-ranting
dan bercabang-cabang datangnya?
ku tidak mengerti
datangnya mendadak sekali...

Wajahmu

Benarkah itu wajahmu sayang?
benarkah?
kaukah itu yang menjelma di depanku?
kaukah itu yang bertakhta
di kiri dan kanan mataku?

Wajahmu.....
memantul-mantul di benakku
senyummu cukup
menjatuhkan jiwa ragaku
padahnya melumpuhkan
seluruh gelora rasaku.....

Wajahmu kah itu
yang menari-nari di depanku?
pertanyaan tanpa jawapan
bertubi-tubi terlakar
kumemintal-mintal rasaku
dan keletihan tidak sedikit pun
menjejaskan perasaanku ketika ini....

Wajah kesayanganku
kunjungilah aku dalam mimpi
kerana nanti di sekejap
waktu pagi datang lagi
datanglah temani aku
malam ini....

Malam

Angin malam mula menyelinap
masuk ke ruang kamar
ku menjelau-jelau
kerdip bintang dan cahaya bulan
di dada langit 
namun sayang kedua-duanya
tidak kelihatan kerana
malam di bekam kelam...

Sang cengkerik bersahut-sahutan
sekali-sekala sang nyamuk
mengalun sumbang bicaranya
mematahkan lamunanku yang panjang
cukuplah malam ini
jangan kau ketuk lagi
pintu hatiku.....cukuplah!

Aku tidak mahu
naluri rasaku dicuit semula
sekian kalinya...cukuplah
kutahu betapa hebatnya
kocakan rasa ini
tidak terbendungkan
apatah lagi dibendungi....

Kaukah Itu

Aku mengelamun jauh
menikmati pemandangan alam
ketika di balut kegelapan
kaukah itu yang datang
mengetuk pintu hatiku?
bergelombang ombak di dada....

Suara ciap dan piko
sudah tidak kedengaran
yang meresahkan hanya
suara hatiku.....

Tajam sepasang matamu
dan renunganmu menusuk kalbuku
membuatkan diriku menjadi sirna
tidak dapat kutangkis
bagai besi magnet
yang kuat tarikannya....

Ah! kaukah itu
yang meminta tanganku?
aku belum rela
tangan mungilku dibelai
tidak akan pernah
walau hatiku mengharapkan...

dan kaukah itu
yang merobek mimpi indahku
yang memadamkan api benci
yang memutikkan bunga cinta
dan mehembuskan semilir rindu
padaku???????????

Tuesday 13 December 2011

Di Sini Ku Menanti

Telah lama aku di sini
berdiri dan menanti
sang suria tersenyum
wajahku mula merona
dicium panas mentari
peluh mula memercik
berjuraian ke anak mata...

Kukira agak lama aku berdiri
aku masih tetap menanti
menanti dan terus menanti
meskipun hanya ditemani sepi..

Kekasih....
kapan kau ke mari
menemaniku di sini
aku sudah tak betah lagi
ditinggalkan sendiri
kemarilah kau sayang
ke marilah kau ke sini
kunanti kau kembali
kerana aku setia pada janji.

Rindu lagi

Aku berdiri dan minggir
menuju jenang tingkap
daunnya kukuak luas
dapat ku rasakan
nikmat angin senja...

Kulihat langit yang kirmizi
mewarnakan dada alam
sesekali berkawan-kawan
terbang burung pulang ke sarang
indah!...memukau pandangan...

Tidak kusedari sekian lama
aku alpa betapa cantiknya
betapa indahnya ciptaan Ilahi....

 angin masih berpuput segar
aku menyelak satu dua helai
rerambutku yang jatuh ke dahi
kutatap potretmu penuh erti
dan rindu berbunga kembali
kembang mekar di taman hati
kau kekasih yang kunanti.

Bukan Silapku

Bukan silapku jika
cintaku padamu tiada lagi
bukan silapku jika
rinduku padamu tidak lagi hadir
bukan silapku jika
hatiku mula membenci
bukan silapku jika
aku melangkah pergi.....

Semuanya.....semuanya keranamu
kerana egomu
yang terlalu tinggi melangit
kerana hatimu
yang terlalu buta
untuk menilai cintaku
kerana dirimu
tidak pernah menghargai aku......

Silapku hanyalah kerana
aku pernah memberimu
peluang bertakhta di hatiku
kerana pernah menyintaimu...

Terpaksa Aku

Kumerenungi  air tasik
yang membiru
dan kicauan burung bagaikan
lagu yang membuai
bagai membawa khabar
tentang dirimu di sana
fikiranku menerwang
tidak tentu arah....

Kau memang menarik
kalau ditanya pada mata
tentu katanya kau kacak
kalau ditanya pada hati
pasti katanya suka
dan ingin mendekati
ingin memiliki mu....

tapi itu bukan persoalannya
aku tidak mahu insan lain
menderita kerana aku
aku bukan si sempurna
yang kau idami
biarlah aku begini
terus menyimpan perasaan ini
biarlah aku seorang
yang menanggung peritnya...

Sekecil-kecil masalah sekalipun
tetap berat dan perit
tetap jua menendang benak
segala-galanya terlalu mencengkam
terlau menyesak dada
dalam keterpaksaan
aku melepaskanmu
dengan seribu kepayahan
aku melupakanmu....

Aku Pun Tak Kisah

Kau selalu mengatakan
kau sayangkan aku
kau cintakan aku
kau kasihkan aku
kau rindukan aku
tapi sikap egomu
dan api cemburumu
ternyata telah merantaiku..

Terkadang ingin aku bertanya
"bukti apa yang kau bawa
  untuk menyakinkan aku
  akan kebenaran dan
 kesungguhan kata-katamu itu?"

Namun itu semua dulu
kini aku pun tak kisah
dan malah dah tak ingin
ambil kisah semua itu
kau cara kau
aku dengan caraku...

Kelukaanku

Kau telah melukakan hatiku
dan aku
tidak pernah mendendamimu
tidak pernah membencimu
namun untuk menerimamu
maafkan aku kerana
aku sudah tidak bisa...

Tidak mungkin antara kita
kembali seperti dulu
antara kau dan aku
sudah berkerat rotan berputus arang
pergilah kau......pergi
jangan kau cuba masuki
ke ruang hidupku lagi
aku sudah tak sudi.....

Sudah tiada apa-apa
yang perlu kita bicarakan lagi
biarlah semuanya jadi sejarah
yang tak mungkin berulang
untuk selama-lamanya
hatiku sudah cukup terluka....

Thursday 1 December 2011

Hujan dan Kenangan

Di luar hujan menggila
dari tingkap kaca
masih terpamer deraian
hujan melimpah
sesekali , kilat memancar
di sambut pekikan guruh
yang mencemar damai.....
Fikiranku menerawang jauh
bersimpang-siur dan
adalakanya berselirat hingga
merentap kedamaian di hati...
Kenangan silih berganti
bermain dilayar fikiran
teringat saat-saat manis
tatkala bersamamu.....
Aku tahu cintaku padamu
tak mungkin terpadam
kenangan di 11 April
Valentine's Day Sweetest Day
tak mungkin terluput
kenangan yang membuat
nama kau ....
masih terukir di hatiku..
Di luar hujan masih menggila
begitu jua di pipi
titik air berjuraian
terus-menerus mengalir
tanpa henti.....sayu terasa
sesayu senja di timpa hujan
sesayu anak kecil kematian ibu
sesayu.....sesayu-sayunya..........

Kekesalanku

Kasihku yang abadi
membuatkan aku takut
berenggang dengan dirimu..
Kerana terlalu sayang
kerana kuingin setia
aku masih di sini
terkapai-kapai sendirian
sedangkan kau
terlalu banyak menghancurkan....
Kau tidak tahu
betapa hidupku ini
hancur sudah......keranamu
betapa luluhnya jiwaku
semua bagai tak bererti
serasakan mati......
Kau tidak tahu betapa
cintaku umpama terhempas
ke pantai gelora
berkecai.....berselerakan..
Amat sukar untuk kucantumkan
serpihan-serpihan berkecai itu
walau sedaya ku mencuba....
Mungkin itu
satu  pengajaran buatku
syukurnya aku
tidak selama-lamanya
hanyut dengan cinta
yang tiada jaminan
tiada kepastian.


.

Biarlah Aku

Biarlah aku kuburkan namamu
sebagaimana aku kuburkan
cintaku ini padamu..
Biarlah aku hapus bayanganmu
dari ruangan mataku
sebagaimana aku hapuskan
ingatan dan kenangan kita
dari kamus hatiku..
Aku akan tetap mencuba
melupakanmu walau aku tahu
bukan mudah untuk kulakukan
dan aku sedari kau akan
tetap akan datang kembali
mengganggu hari-hari indahku..
Akan ku cuba
mengulas senyum walau  pahit
walau hati terasa sakit
walau jiwa mengelupur perit..

Inspirational Break Up Ouates

- Don't cry for a man or women who's left you because the next one may fall for your smiles. (mae west)
- To love and win is the best thing. To love and close is the next best..(william m.thackeray)
- Don't cry when the sun is gone because the tears won't let you see the stars..(violeta parra)
- If someone you love hurts you cry a river ; build a bridge and get over it.
- Giving up doesn't always mean you are weak ; sometimes it means that you are strong enough to let go.
- Experience is what you get when you didn't get or you can get what you wanted. And experience is the most
   valuable thing you have to offer.. (randy pausch)
- Pain is inevitable. Suffering is optional. (m.kathleen casey)
- If you really love something, just set it free. If it comes back that mean it's yours but if it wasn't  mean to be.
- Relationships are like glass. Sometimes it's better to leave them broken than try to hurt yourself putting it
   back together. (anonymous)
- Sadness flies away on the wings of  time.. (jean de la fontaine)
- When one door closes, another opens but we often look so long ang so regretfully upon the closed door
   that we do not see the one which has opened for us.. (alexander graham bell)
- Good judgement comes from experience ; and often experience comes from a bad judgement.. (rita mae
   brown)
- If you makes mistakes, there is always another chance for you. You may have a fresh stant any moment
   you choose. For this thing we call "FAILURE" is not the falling down but the staying down. (manny
   pickford)
- Just because somebody doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with
   all they have..
- Hearts willnever made practical until they are made unbreakable. (wizard of oz)
- It takes a couple seconds to say " HELLO ", but forever to say " GOODBYE ".
- Never regret if its good and it's wonderful. If it's bad so it's experience.. (victoria idolt)
- Outside...I'm masquerading. Inside...my hope is fading, since you put me down.
- My smile is my make-up I wear since my break-up with you.
- A break-up is like a broken mirror. It is better to leave it broken than hurt yourself to fix it.
- I can't smile, I can't laugh and yet I can't cry.

Dengarlah Sayang Luahan Hati

Sudah puas aku menangis
terlalu banyak titis airmata
yang ku curahkan
namun yang pastinya
ku tak ingin kau kembali
telah kutahu kini
isihati seorang lelaki......
Kau pernah berjanji
hanya aku kau cintai
hanya aku kau sayangi
hanya aku kau kasihi
hanya aku ada di hati
tapi mengapa kini
kau yang memungkiri......
Mengapa kau tak setia pada janji?
Mengapa hatiku kau lukai?
Mengapa jadikan mimpi
indahku begitu ngeri?
kau campakkan aku ke lurah benci....
Kuingin kau tahu
kuingin kau mengerti
di hatiku ini
tidak pernah ada benci
selamanya kau tetap di hati
selamanya kau terus bersemadi
kerana cintaku
tidak pernah mati
walau hatiku kau sakiti
berkali-kali..........
Dengarlah sayang luahan hati
dariku yang pernah
kau cintai......................