Sudah puas aku menangis
terlalu banyak titis airmata
yang ku curahkan
namun yang pastinya
ku tak ingin kau kembali
telah kutahu kini
isihati seorang lelaki......
Kau pernah berjanji
hanya aku kau cintai
hanya aku kau sayangi
hanya aku kau kasihi
hanya aku ada di hati
tapi mengapa kini
kau yang memungkiri......
Mengapa kau tak setia pada janji?
Mengapa hatiku kau lukai?
Mengapa jadikan mimpi
indahku begitu ngeri?
kau campakkan aku ke lurah benci....
Kuingin kau tahu
kuingin kau mengerti
di hatiku ini
tidak pernah ada benci
selamanya kau tetap di hati
selamanya kau terus bersemadi
kerana cintaku
tidak pernah mati
walau hatiku kau sakiti
berkali-kali..........
Dengarlah sayang luahan hati
dariku yang pernah
kau cintai......................
No comments:
Post a Comment