Tuesday, 13 December 2011

Bukan Silapku

Bukan silapku jika
cintaku padamu tiada lagi
bukan silapku jika
rinduku padamu tidak lagi hadir
bukan silapku jika
hatiku mula membenci
bukan silapku jika
aku melangkah pergi.....

Semuanya.....semuanya keranamu
kerana egomu
yang terlalu tinggi melangit
kerana hatimu
yang terlalu buta
untuk menilai cintaku
kerana dirimu
tidak pernah menghargai aku......

Silapku hanyalah kerana
aku pernah memberimu
peluang bertakhta di hatiku
kerana pernah menyintaimu...

No comments:

Post a Comment