Angin malam mula menyelinap
masuk ke ruang kamar
ku menjelau-jelau
kerdip bintang dan cahaya bulan
di dada langit
namun sayang kedua-duanya
tidak kelihatan kerana
malam di bekam kelam...
Sang cengkerik bersahut-sahutan
sekali-sekala sang nyamuk
mengalun sumbang bicaranya
mematahkan lamunanku yang panjang
cukuplah malam ini
jangan kau ketuk lagi
pintu hatiku.....cukuplah!
Aku tidak mahu
naluri rasaku dicuit semula
sekian kalinya...cukuplah
kutahu betapa hebatnya
kocakan rasa ini
tidak terbendungkan
apatah lagi dibendungi....
No comments:
Post a Comment