Tuesday, 13 December 2011

Terpaksa Aku

Kumerenungi  air tasik
yang membiru
dan kicauan burung bagaikan
lagu yang membuai
bagai membawa khabar
tentang dirimu di sana
fikiranku menerwang
tidak tentu arah....

Kau memang menarik
kalau ditanya pada mata
tentu katanya kau kacak
kalau ditanya pada hati
pasti katanya suka
dan ingin mendekati
ingin memiliki mu....

tapi itu bukan persoalannya
aku tidak mahu insan lain
menderita kerana aku
aku bukan si sempurna
yang kau idami
biarlah aku begini
terus menyimpan perasaan ini
biarlah aku seorang
yang menanggung peritnya...

Sekecil-kecil masalah sekalipun
tetap berat dan perit
tetap jua menendang benak
segala-galanya terlalu mencengkam
terlau menyesak dada
dalam keterpaksaan
aku melepaskanmu
dengan seribu kepayahan
aku melupakanmu....

No comments:

Post a Comment