Kasihku yang abadi
membuatkan aku takut
berenggang dengan dirimu..
Kerana terlalu sayang
kerana kuingin setia
aku masih di sini
terkapai-kapai sendirian
sedangkan kau
terlalu banyak menghancurkan....
Kau tidak tahu
betapa hidupku ini
hancur sudah......keranamu
betapa luluhnya jiwaku
semua bagai tak bererti
serasakan mati......
Kau tidak tahu betapa
cintaku umpama terhempas
ke pantai gelora
berkecai.....berselerakan..
Amat sukar untuk kucantumkan
serpihan-serpihan berkecai itu
walau sedaya ku mencuba....
Mungkin itu
satu pengajaran buatku
syukurnya aku
tidak selama-lamanya
hanyut dengan cinta
yang tiada jaminan
tiada kepastian.
.
No comments:
Post a Comment