Tuesday, 13 December 2011

Di Sini Ku Menanti

Telah lama aku di sini
berdiri dan menanti
sang suria tersenyum
wajahku mula merona
dicium panas mentari
peluh mula memercik
berjuraian ke anak mata...

Kukira agak lama aku berdiri
aku masih tetap menanti
menanti dan terus menanti
meskipun hanya ditemani sepi..

Kekasih....
kapan kau ke mari
menemaniku di sini
aku sudah tak betah lagi
ditinggalkan sendiri
kemarilah kau sayang
ke marilah kau ke sini
kunanti kau kembali
kerana aku setia pada janji.

No comments:

Post a Comment