Di pagi ini
hatiku teramat luka
seperti hari-hari kelmarin juga
hatiku masih menanggung duka
setelah kehilanganmu yang kucinta.
Aku cuba menahan sebak
yang bergetar di dalam dada
walaupun kutahu ia sia-sia
namun aku
akan tetap terus mencuba
kerana aku tidak lagi rela
membiarkan cintaku terus membara
padamu yang tidak setia
padamu yang berpura-pura..
Kusedari kini
aku padamu tidak bererti
laksana sebuah mimpi
yang menghiasi
lenamu di malam hari
menjelang pagi semua pergi
tidak tinggal apa-apa lagi
tiada apa-apa
tiada apa-apa
cintamu...cinta pendusta!!
No comments:
Post a Comment