Terimakasih sayangku atas cintamu
terimakasih kerana setia bersamaku
aku jua sepertimu
mencintaimu...menyayangimu..merinduimu
Rindu ini bagai lahar
yang meranapkan dinding kasih
yang membakar hangus ladang dendamku.
Rinduku padamu
tak pernah berpenghujung
selalu melanda, selalu ada
cintaku padamu
selalu mekar mewangi
selalu membara apinya.
sayangku padamu terlalu mendalam
sedalam-dalamnya lautan biru
kasihku padamu
seluas langit yang terbentang
tetap utuh, tetap teguh
untukmu selamanya untukmu
TERIMAKASIH buatmu sayangku
kerana mengajarku erti bahagia
kerana mengajarku erti cinta.
No comments:
Post a Comment