Aku tak ingin terlalu cinta
kerana takut segalanya jadi sia-sia.
aku tak ingin terlalu sayang
takut aku hanya pendatang.
aku tak ingin terlalu kasih
bimbang dikatakan menagih.
aku tak ingin terlalu merindu
risau andai segalanya jadi tak menentu.
aku tak ingin terlalu mengingat
kerana aku takut
andai semua ini hanya sekejap.
aku tak ingin menyemai impian
kerana aku takut tak kesampaian.
aku tak berhasrat untuk memiliki
kerana aku takut hadirku
hanya sekadar peneman sepi.
No comments:
Post a Comment