Wednesday, 23 November 2011

Mimpi

Aku umpama mimpi
yang hadir buat menghiasi
lenamu di malam hari
apabila menjelang pagi
semuanya telah tiada lagi
menghilang..............
entah ke mana pergi.
kini aku mengerti
aku tidak mungkin dapat menyintai
bersamamu jua
takkan mungkin terjadi
kerana sebuah mimpi
tidak akan mungkin
menjadi.....sebuah realiti
itulah antara kau dan aku
hanya terkaku menghimpun rindu.

No comments:

Post a Comment