Wednesday, 30 November 2011

Fahami Aku

Mengapa kau begitu pantas
meleraikan kata dan bicara
seakan tidak sabar
menagih cinta dariku?
Mengapa tidak kau
cuba untuk fahami aku?
Tahukah kau
menjebak burung enggang
bukanlah seperti menjebak si pipit...
dan aku sebenarnya takut
untuk berbicara tentang cinta
bagiku ia samalah
bagaikan aku merompak cintamu..
Aku tidak berani menduga
lautan yang maha dalam
kerana aku takut akan
kelemasan dan tenggelam kedasarnya
aku tidak punya kekuatan
untuk itu...............
Kalau  kail panjang sejengkal
lautan dalam jangan diduga
itulah diriku.....maafkan aku.
Biarlah aku sekadar bermain
di parit yang cetek
kalau jatuh sekalipun
aku masih mampu
untuk bangun berdiri.

No comments:

Post a Comment