Saturday, 12 November 2011
Harapanku Cuma
Aku tidak mengharapkan harta atau kemewahan dalam hidup kerana aku tahu itu belum pasti menjanjikan bahagia walaupun ia diperlukan untuk teruskan hidup. Aku juga tidak mengharapkan kesempurnaan pada dirimu kerana aku tahu tiada satu pun ciptaan Allah sempurna, semua ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri selain Allah. Namun aku percaya semua ciptaan Allah punya keistimewaannya. Aku tidak mengharapkan keajaiban berlaku dalam hidupku kerana aku tahu perkara itu jarang-jarang berlaku. Kalau ada pun hanya satu kebetulan dan aku tidak percaya pada kebetulan. AKU.......aku cuma mengharapkan cinta, kasih dan sayang yang ikhlas semata-mata kerana Allah saja KERANA jiwaku ini terasa kosong tanpanya.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment