Thursday 29 March 2012

Tidak Dapat Kulupakan

Sikapmu buat jiwaku merana
Cintaku dipanddang sepi olehmu
tutur katamu bagai sembilu
menghiris berkeping-keping hatiku
jua bagai belati menikam bertubi-tubi jiwaku
perit..........pedih sekali
aku rasakan kini..

tidak pernah rasa cinta
yang hadir dalam diriku
selama ini akan menjadikan
diriku selemah ini
sesungguhnya aku benar-benar pilu
setiap detik peristiwa yang berlalu
tidak dapat kulupakan
semuanya amat menusuk perasaanku
dan semakin meresahkan hatiku...

Airmataku membasahi pipi
dadaku kian sebak
aku menangis bukan kerana
kau telah meninggalkan aku
aku akui ada kesedihan yang bertapak di sudut nurani
namun aku redhai
kerana itu Qada' dan Qadar Allah
yang tidak perlu dipersoalkan lagi..

Aku menagis kini kerana nasib diri sendiri
Itulah kelemahan aku
tidak mampu berdepan dengan kenyataan
pabila diuji sedikit dugaan
aku cepat terusik......mudah lemah.

Ya Allah berikanlah aku kekuatan
buat menghadapi semua dugaan Mu
buat mengharungi setiap halangan
yang telah Kau berikan ini
Hanya pada Mu aku bersujud
Hanya pada Mu aku berserah....

No comments:

Post a Comment