Monday 5 March 2012

Namamu

Ketika hatiku sedang merindu
sewaktu kita mula berpisah dulu
namamu memang benar - benar
bererti buat diriku ini...

Namun kini namu itu
tidak punya apa - apa
erti lagi bagi diriku
selain dari nama seorang sahabat
yang pernah kupuja
di beberapa ketika
di beberapa musim yang silam...

Aku terpaksa berperasaan begini
walaupun sejak pertemuan pertama setelah lama teropisah
hati dan perasaanku ini
bagaikan tidak lagi tenteram
malamku tidak dapat melenakan mata
wajahmu sering terpandang  dan terbayang...

Ya Allah terimakasih
kerana masih memberikan aku
keupayaan dan kekuatan diri
untuk melawan perasaan ini
memberikan aku keyakinan
untuk terus melangkah..

Ya Allah Kau lenyapkanlah
segala rasa cintaku pada nya
kerana aku sudah tidak sanggup
untuk terluka sekian kalinya...

No comments:

Post a Comment