Thursday 29 March 2012

Kau Bagaikan

Kau adalah bagaikan
anugerah pemberian Illahi
nyawaku bersatu dalam nafasmu
dan nafasmu adalah nyawaku
jasad dan roh kita ditakdirkan bertaut..

Kau yang kusayangi
biar berjuta tahun kita bernafas
kau tetap dihati mahkota jiwaku
kerana tanpamu
degupan jantungku bagaikan terhenti....

Terimakasih sayangku
kerana mencintai diriku
kerana menjadi matahariku
memberiku cahaya yang begitu indah
buat menerangi jalan hidupku....

No comments:

Post a Comment