Thursday 29 March 2012

Pergi Mu

Resah kian mencucuk di dalam dada
seringkali aku bertanya
pada diriku sendiri
mengapa kenangan lalu
terlalu payah untuk kulupakan ?
mengapa wajahmu masih kuingati ?
mengapa dirimu masih jua kurindui ?
sedangkan kau telah lama 'pergi '.....

Aku tidak pernah mengharap
kau kembali ke sisiku
kerana aku tahu
kau tidak akan mungkin
kembali lagi
pergimu menyahut seruan ILLAHI
aku terima takdir ini.....

Aku selalu berdoa
semoga rohmu damai di sana
meskipun bahagia cintaku
kau telah bawa bersama...

Musnah semua impian
terpadam segala harapan
terkubur cintaku bersama jasadmu
terpahat kasihku di nisanmu
seharum air mawar kucucuri
di pusaramu......

No comments:

Post a Comment