Thursday 29 March 2012

Sayangku Tanpa MU

Sayangku apalah hidupku tanpamu
malamku hening tanpamu
malamku kesepian tidak dapat
ku lalui tanpamu
jangan kau pergi meninggalkan diriku
marilah sayangku hilangkan resah hatiku...

Sayangku hiasilah hari-hari suramku
dengan senda gurauanmu
dengan senyuman mesramu
dengan belaian kasih sayangmu
bersalutkan impian cinta kita
yang telah sekian lama
kita menterai janji-janjinya
terpatri kukuh di sudut hati....

Sayangku kau warnai hidupku
dengan sinar kegembiraan
tanpamu aku tidak mampu
untuk bernafas sendiri
dan aku juga ingin kau tahu
bahawa selagi nyawa ini
menunjangi jasadku
selagi itulah cintaku
tetap untukmu......hanya untukmu......

No comments:

Post a Comment