Monday, 13 February 2012

Hati Seorang Aku

Di dada kehidupan ini
pernah terjatuh dan terluka
seorang perempuan
yang bernama aku
terpalit seribu warna
lakaran kanvas kehidupan
berwarna- warni, bersimpang-siur
dan berlorong-lorong jalannya...

Di sini di hatiku
luka masih merah berdarah
pekat mengalir deritanya
pedih terasa seluruh jiwa....

Kasih dan sayangku tidak bererti buatmu
aku terbuang dari hidupmu
aku terpinggir dari hatimu
antara kau dan aku kini
bagai dua garisan selari
sejauh mana pun kita berlari
sejauh mana pun kita menyusuri
tidak akan mungkin tiba
ke titik pertemuan yang mati..

Kau kenanganku di lebaran musim berganti
takkan kuingin kau kembali
kerana hadirmu pasti
akan merobek hatiku ini
berdarah lukaku lagi
yang telah hampir mampu kuubati...

Pergilah kau pergi
akau tidak ingin kau kemari
jangan kau rayu aku lagi
hatiku sudah beku untukmu kini...

Aku tidak sudi
aku sdah tidak peduli
kau terlalu menyakiti
hati dan perasaanku ini
aku benci...

No comments:

Post a Comment