Monday 13 February 2012

Aku Ingin Penjelasan

Aku ingin penjelasan darimu
biarlah kita saling berterus-terang
jangan menyulitkan lagi keadaan
jangan sudah terang lagi bersuluh...

Biarlah kita berbicara secara dewasa
"mungkin kita tidak sehaluan,
 mungkin kita tiada jodoh"
mungkin????
sudah kugambarkan
itu yang bakal kau katakan....

Katakan ....katakan saja
akatakn apa yang ingin
kau luahkan padaku
aku telah lama bersedia
aku mampu menerimanya..

Dulu kau yang memulakan salam perkenalan
mematri ikatan persahabtan
memmbina jambatan kasih
kau banyak memberi peransang untukku
tetapi kini ternyata kau sendiri
yang telah menghancurkan semuanya..

Kurasakan gelap dunia ini
satu-satu insan yang pernah singgah
di hatiku telah pergi
pergi tinggalkan aku
terimakasih kerana telah melukai aku....

No comments:

Post a Comment