Monday 13 February 2012

Aku Datang

Aku datang bukan untuk menagih cinta
aku datang sekadar untuk meluah kan rasa.

Aku datang bukan untuk merayumu
aku datang sekadar melepas rindu
yang telah terlalu lama
bersarang di  lubuk hatiku..

Aku datang bukan untuk mengganggu
tapi sekadar menjengahmu
kerana aku tahu
kau tidak pernah ingat aku..

Aku datang bersama kasihku
yang selalu membara untukmu..

Aku datang mencari tempatku
yang pernah kau janjikan dulu
di sudut hatimu...

Aku tetap jua datang
meskipun aku tahu
kau sebenarnya telah lupakan aku
kerana aku setia
pada janji-janji kita dulu..

No comments:

Post a Comment