Monday 30 January 2012

Terimakasih Tuhanku

           Maafkan aku kerana tidak dapat menerima cintamu lagi. Aku mahu melupakan terus semua sejarah silam Aku mahukan kehidupan yang baru. Aku mahu melahirkan semula diriku yang baru. Aku tidak mahu hidupku diganggu lagi dengan kisah-kisah lalu. Biarlah aku pergi dari kehidupan lalu dan kenangan kita. Biarlah aku di sini mencari ketenangan dan kedamaian hatiku.
 
            Di sini di daerah terasing ini , aku bersyukur kerana Tuhan telah takdirkan kehidupan yang aku impikan dan aku harapankan..aku telah menemuinya di sini.. Terimakasih Ya Allah ! Terimakasih atas segala nikmat dan kurniaan -Mu. Semoga kebahagiaan ini berkekalan dan kiranya ada lagi badai yang melanda , Kau jadikanlah aku seorang yang lebih tabah serta redha.....

            Izinkanlah hamba - Mu  ini melenyapkan kisah semalam. Aku tidak mahu lagi hidup ini menjadi ibarat buih-buih terapung tanpa ada ertinya pada sesiapa pun. Semoga buih-buih cinta bertukar menjadi lautan bahagia yang kekal abadi selama-lamanya.......

No comments:

Post a Comment