Tuesday 10 January 2012

Maafkan Aku(2)

Semilir angin malam
merebahkan belaiaan lembutny
ke tubuhku.....dingin terasa
ku mencari bulan
ku mencari bintang
di mana kau bulan?
di mana kau bintang?
ku mencarimu yang berlindung
di sebalik kegelapan malam
jadilah kau temanku
yang setia....marilah!

Keluhan ku dalam
dan nafasku tersekat
tidak kutahu
mengapa aku begini
aku jadi bungkam........

Aku tidak mahu susah
aku tidak mahu
hati kecilku kepayahan
aku mahu biarlah
aku berkubu sebelum kalah......

Tidak pernah gelora
dan gelodak hatiku
meruntun sehebat iini
tidak pernah!!!!!
kini ledakannya
bagai karakatuo hebatnya
tidak terduga runcingnya
bagai sahaja gurun
yang ketandusan......
kuatnya bahang yang terbakar
perasaan hatiku ini........

Terpaksa aku akur
dengan kata-kata
dan kehendak hatiku k
aku tidak mahu
bermain sndiwara
tapi......aahh
aku belum bersedia
belum sedia terima cintamu
maafkan aku!!!!!!

No comments:

Post a Comment